25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Video: Laporan Polis Khairul Azwan Atas Kapasiti Individu – @NajibRazak ?

Laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti individu, bukan mewakili parti.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan tindakan rakyat negara ini yang berhak untuk membuat laporan polis.

“Ia adalah tindakan secara individu. Semua pihak ada hak. Kalau dia fikir ada maklumat atau sesuatu yang perlu disiasat oleh pihak polis, dia ada hak.

“Kita tak boleh paksa dia untuk buat atau tak buat (laporan polis). Itu terserah kepada dia,” kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan yang dibuat Khairul Azwan itu atas kapasiti individu atau parti Umno.

Najib berkata, terserah kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

“Terserah kepada pihak polis untuk menyiasat dan menentukan sama ada asas atau sebaliknya,” katanya.

Pada Selasa lalu, Khairul Azwan membuat laporan polis dengan mendakwa terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 +...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan