[Video] Lelaki Dipercayai VIP Cedera Ditembak 9 Das

Kongsi:

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki dipercayai individu kenamaan (VIP) cedera dalam kejadian tembakan di simpang Taman Sentosa, Jalan Kulim, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.

Lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai ditembak sekurang-kurangnya sembilan das tembakan dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi tadi.


 

Lihat video:
https://youtu.be/e3Ylw3Srsvw

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, beliau terdengar bunyi letupan yang disangka mercun sebelum melihat sebuah kereta jenis Honda Accord terbabas di pembahagi jalan berhampiran simpang tiga di situ.

Katanya, mangsa yang cedera dibantu orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid masih dalam perjalanan ke tempat kejadian dan maklumat lanjut akan dikemaskini.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

9 Replies to “[Video] Lelaki Dipercayai VIP Cedera Ditembak 9 Das

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.