[Video] Lelaki maut kereta meletup disyaki bawa mercun dipanah petir - pakdin.my

Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya terputus dua, dipercayai akibat dipanah petir dan meletup di Simpang 4, Kampung Sireh, Kota Bharu, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan berkata, serpihan mercun turut ditemui di tempat kejadian.

Katanya, lima kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat kejadian kira-kira 5.30 petang tadi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim dan Tunjung bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 5.38 petang tadi.

Dalam klip video yang tersebar di media sosial, tingkap sebuah masjid dan sekolah, serta kawasan sekitar hampir 100m dari lokasi kejadian itu turut mengalami kerosakan akibat letupan itu.

Seorang pengguna Twitter, @zack_rockstar mendakwa kejadian itu berpunca daripada kereta yang membawa mercun bola disambar petir sebelum meletup.

UTAMABERITA Lelaki maut kereta meletup disyaki bawa mercun dipanah petir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium