24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

[Video] Lelaki serang pusat komuniti Adun DAP kerana bantah isu seni khat

Polis menahan seorang lelaki yang menyerang sebuah pusat komuniti wakil rakyat DAP di Ipoh semalam kerana membantah pengenalan seni khat dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 mulai tahun depan.

Dalam satu rakaman video selama 5 minit 11 saat yang disiarkan secara langsung di Facebook petang semalam, lelaki itu membaling telur ke arah pusat komuniti Adun Menglembu, Chaw Kam Foon sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Lelaki yang berasal dari Menglembu itu turut membawa 2 anak perempuannya ke pusat komuniti berkenaan untuk merakamkan aksinya sambil memuat naik ke Facebook.

“Pada 9 Mei, saya gembira sampai tidak dapat tidur. Pada 2 Ogos 2019, saya menangis sampai tidak dapat tidur.

“Tolonglah DAP, jangan khianati orang Cina. Apa yang anda cakap, saya percaya semuanya. Kami harap kerajaan berubah, harap anda beri orang Cina kehidupan baik, perkara kecil pun tak dapat buat untuk kami,” katanya dalam klip video itu.

Chaw dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki terbabit ditahan polis walaupun laporan polis dibuat pegawai khasnya, Khairul Nizam sudah ditarik balik.

Katanya, polis melepaskan lelaki itu pada 1.45 pagi tadi selepas mengambil keterangannya dan beliau tidak akan mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

“Saya berkesempatan berbincang selama 30 minit dengan lelaki itu atas insiden yang telah berlaku dan bertukar-tukar pandangan dengan beliau dalam satu keadaan yang amat harmoni. Isteri beliau ada bersama beliau sepanjang masa di balai polis.

“Beliau merupakan seorang rakyat yang amat prihatin dan saya mengambil maklum kebimbangan beliau atas segala isu yang dibangkitkan.

“Saya menegaskan DAP sentiasa bersedia mendengar pandangan rakyat dan pintu kita selalu terbuka. Kami akan meneruskan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.”


Semalam, Sin Chew Daily melaporkan Khairul Nizam berada di pusat komuniti itu ketika kejadian berlaku dan Chaw tiba di lokasi terbabit dalam masa 10 minit selepas dihubungi. Mereka kemudiannya ke Balai Polis Menglembu untuk membuat laporan pada 6.30 petang.

Akhbar itu memetik Chaw sebagai berkata, beliau mendapat tahu lelaki berkenaan berang dengan satu senarai palsu wakil rakyat DAP menyokong atau membantah pengenalan seni khat yang tersebar di media sosial.

Katanya, beliau tidak dapat menerima tindakan lelaki itu menunjukkan contoh buruk di depan kanak-kanak dan mengarahkan mereka merakam tindakannya untuk siaran langsung.

Beliau mengakui memahami perasaan masyarakat Cina dalam isu seni khat, tetapi sebarang pandangan boleh disuarakan melalui saluran betul, bukannya menggunakan keganasan.

Chaw berkata, Adun dan ahli Parlimen DAP akan membincangkan cara untuk menangani isu seni khat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur malam ini.

Sabtu lalu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan seni khat dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 mulai 2020 walaupun dibantah sebilangan kecil masyarakat.

Perdana menteri berkata, kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain, termasuk bahasa Cina kerana ia adalah keistimewaan di Malaysia.

BACA: Ahli Parlimen DAP samakan tulisan jawi dengan tahi lembu
https://pakdin.my/ahli-parlimen-dap-samakan-tulisan-jawi-dengan-tahi-lembu/

Lihat video: https://youtu.be/xQquiOZTem4

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...