25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

[Video] Mahathir Memang Pakar "U Turn", Puji China Pula Bila Berada Di Jepun

Mahathir memang pakar “U Turn”. Banyak perkara Mahathir sudah buat “pusingan u”. Dulu kata Anwar peliwat dan layak dipenjara, kini pakai “badge free Anwar” dan “sign” kempen bebaskan Anwar.

Dulu kata Kit Siang rasis, kini sudah puji Kit Siang melangit dan ke mana mana sahaja berkepit sahaja dengan Kit Siang.

Satu ketika kata BR1M rasuah, kemudian pusing kata mahu laksanakan BR1M jika dapat kuasai Putrajaya. Mahathir sudah “mamai dah”.

Semalam, di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Dato Seri Najib ke China dan Forest City

Guan Eng pinjam duit dan berhutang entah berapa juta dengan bank dari China, Mahathir tidak pula kecam kata hendak jual Penang pada China. Diam sahaja, sebab takut dengan DAP.

Mahathir menyatakan pujian kepada China pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-23 di Jepun yang dianjurkan oleh Nikkei Inc.

Lihat video di pautan ini :

https://youtu.be/Q43BXTEKHRw

Menurut Mahathir, persidangan berkenaan perlu menjemput negara China, iaitu kuasa ekonomi paling besar di Asia untuk menyertainya.

Mahathir kata, tanpa negara Amerika dalam kumpulan itu, negara lain boleh memikirkan cara baru untuk bekerjasama di antara satu sama lain dengan lebih adil.

“Negara Asia perlu mengambil peluang untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada Amerika Syarikat (AS) dari segi politik dan perdagangan, Malaysia merupakan satu daripada tiga negara anggora dalam ASEAN yang ada dalam Perjanjian Trans-Pasifik yang kini terdiri daripada 11 negara anggota selepas AS menarik diri.

“Perjanjian itu perlu dikaji semula kerana kandungan keseluruhan asal sebelum ini kebanyakannya digubal oleh AS. Persaingan akan menjadi lebih adil, oleh itu, kita perlu mengundang China bersama-sama,” katanya.

Mahathir terus memuji China dengan mengatakan jika meminggirkan China ia bermaksud mereka tidak mengendahkan peranan yang dimainkan oleh China di rantau berkenaan. Pusing sungguh Mahathir ini.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan asing dari China, Mahathir menuduh Najib menjual kedaulatan negara kepada negara China. Di Jepun, bukan main lagi Mahathir bagi nasihat agar jangan pinggirkan negara China.

Penjualan sebahagian pegangan DRB-Hicom dalam Proton kepada syarikat Geely dari China juga dituduh Mahathir sebagai menjual aset negara kepada orang asing.

49.9 peratus pegangan DRB-Hicom dijual kepada Geely adalah kerjasama strategik Proton, tetapi dituduh Mahathir sebagai jual kedaulatan negara.

Mahathir memang mudah lupa. Pada 13 Jun 2014, Mahathir bersama Tan Sri Syed Mokhtar terbang ke China berjumpa untuk membuat rundingan antara Geely dan Proton. Berita ini dilaporkan oleh portal Jepun iaitu Nikkei Asian Review.

Baca pautan ini

http://asia.nikkei.com/Business/Companies/Mahathir-seeks-to-turn-Malaysia-s-Proton-around-with-Geely-s-help?page=1

Kini selepas, Geely benar benar membeli saham Proton pada 2017, Mahathir kata Proton kena jual pada China. Apa sudah jadi? Mahathir sudah lupakah siapa yang sebenarnya memulakan rundingan dengan Geely pada 2014?

Bulan lepas ketika Mahathir ke Oman pada 9 Mei 2017, Mahathir juga membuat “pusingan u” di luar negara. Ketika berucap di The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman, Mahathir menggesa Oman membuka pintu yang lebih luas pada pelaburan asing.

“With Malaysia’s limited experience in manufacturing, we decided not to be too patriotic and instead opened doors to foreign companies. Foreign companies came with their technology, as well as capital, which has helped develop the skills of citizens,” kata Mahathir.

Boleh pula Mahathir kata jangan terlalu patriotik sangat dan buka pintu pada syarikat asing yang ada teknologi dan modal besar.

Hanya bila berada di Oman dan Jepun, Mahathir memuji pelaburan asing masuk. Namun bila berada di Malaysia, lain pula nada Mahathir. Inilah “pusingan u” Mahathir.

Samalah macam hendak jadi PM semula. Dulu sungguh sungguh menagis kata “tak mau dah” sebab “dah lama dah”. Namun sekarang ini sungguh sungguh hendak jawatan itu balik.

Mahathir sudah terdesak sangat. Sanggup buat apa sahaja demi kroni dan anak sendiri. Buat “pusingan u” pun tidak mengapa janji matlamatnya tercapai.

“The ends justify the means”.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...