Home / :: BLOG :: / [Video] Mahathir Sudah Terdesak Mula Pancing Undi Wanita Pula

[Video] Mahathir Sudah Terdesak Mula Pancing Undi Wanita Pula


https://youtu.be/eiEoy9WErvQ

Selepas celupar menghina orang jual nasi lemak dan pandu Uber, kini Mahathir sudah mula berjanji manis dengan golongan wanita pula.

Orang muda telah menolaknya dengan melancarkan gerakan #undirosak, Mahathir kini “desperate” sangat hendak perhatian dari golongan wanita.

Bagi tujuan untuk memancing undi kaum wanita, beliau telah menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mendakwa kurangnya golongan wanita dalam pentadbiran Perdana Menteri.

Bagi orang yang terdesak seperti Mahathir sudah pasti beliau akan menutup segala kebaikan yang dilakukan oleh Najib.

Mungkin Mahathir tidak tahu bahawa sebagai Perdana Menteri, Najib telah mengambil berat hal ehwal wanita dan beliau telah melaksanakan banyak perkara untuk mengangkat martabat wanita di negara ini.

Sebagai contoh, pada tahun lepas, beliau memberi jaminan bahawa bilangan senator wanita di Dewan Negara akan ditambah, sekurang-kurangnya 30 peratus, seiring dengan hasrat kerajaan meningkatkan penyertaan golongan itu dalam politik.

Malah ketika membentangkan Bajet 2018, Najib mengumumkan langkah mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

Itu di peringkat atasan. Bagi rakyat biasa pula, pengumuman Najib pada Bajet 2018 yang memberikan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari kepada wanita amat dihargai. Bukan itu sahaja, ibu hamil juga dibenarkan pulang sejam lebih awal daripada waktu biasa.

Zaman Mahathir ibu bersalin kena kerja juga hari Sabtu setengah hari. Ahad sahaja cuti. Mana boleh balik awal macam zaman Najib.

Apa yang diumumkan Najib memberikan keceriaan kepada golongan wanita berkerjaya. Selain itu inisiatif tidak langsung kepada kaum wanita adalah melalui tambahan dana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) RM200 juta yang menjadikan jumlah dana sebanyak RM2.7 billion.

Inisiatif ini dianggap sebagai ‘bonus’ kepada wanita memandangkan rakan AIM sebahagian besarnya terdiri daripada wanita dan ibu tunggal.

Perkara ini nampak kecil kepada individu seperti Mahathir namun bagi rakyat biasa, ia amat dihargai kerana Perdana Menteri menghargai peranan kaum wanita.

Sebenarnya banyak lagi yang dilakukan oleh Najib untuk mengangkat martabat wanita tetapi tidak pernah dipandang pun oleh pembangkang disebabkan sikap angkuh mereka.

Sebaliknya adakah Pakatan Harapan betul-betul mengangkat kaum wanita? Cuba lihat dalam politik mereka sendiri. Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk PH.

Memang ia kelihatan seperti mengangkat darjat wanita kerana dicalonkan ke jawatan kedua tertinggi itu, namun jangan terpedaya kerana pelantikan Wan Azizah hanya disebabkan beliau adalah isteri kepada Anwar Ibrahim.

Bayangkan jika PH tidak melantik Wan Azizah, mungkin anaknya Nurul Izzah yang akan dipilih. Tetapi itu semua ada kaitan dengan Anwar. Jika tidak ada kaitan dengan Anwar, adakah orang seperti Zuraidah Kamarudin atau mungkin Teresa Kok akan berpeluang dinamakan ke jawatan berkenaan?

Jangan lupa suatu masa lalu, Mahathir pernah menjadikan badan wanita sebagai bahan jenaka dalam ceramahnya. Dalam ceramah pada pada tahun lepas, beliau telah menghina dan memperlekehkan bentuk badan seseorang.

Ia mengakibatkan aktivis wanita mengecamnya kerana tidak bertanggungjawab dari segi sosial dan benar-benar tidak sensitif untuk mempermainkan tentang badan seseorang sama ada terlalu kurus, terlalu gemuk, terlalu hodoh, terlalu pendek atau lumpuh.

Jika bentuk badan wanita pun dijadikan bahan modal ceramah, adakah ini yang dipanggil memartabatkan wanita? Nilailah sendiri.

Martabat anaknya Marina sahaja yang naik semasa Mahathir menjadi PM. Ada 52 syarikat dan aset bernilai RM80 juta. Tidak perlu golongan wanita terpedaya dengan janji janji manis ini.

Srikandi yang ada dalam PPBM pun lingkup. Hendak angkat martabat wanita apanya? Ini semua hanya menanam tebu di bibir sahaja. Bila dapat kuasa, dia lupalah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB764, Jumaat
2 Februari 2018

(Visited 7 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas rejim PH memerintah kata persatuan

Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

18 comments

  1. Ned Salleh

    Najib pancing undi wanita kau tak sibuk tapi bila Tun M exposed sikap Najib terhadap kuota wanita dlm politik n kerajaan kau nak spin ye Azmi… ??????..

  2. Zaydee Abrahim

    Ned its sound like nerd=bodoh.

  3. Rafael Aziz

    pancing publisiti, gaya orang lama.

  4. Jamaludin Ali

    jgn nak tekel da lah tapi muka ya rabbi macam ………

  5. Ned Salleh

    Zaydee Abrahim….plz read before you passed stupid remarks and embarrassed yourself. Text berdasarkan fakta babe..

  6. Faiz Ghani

    Kalau nak pancing,pancing la ikan kelah baru king of the river?? tan tin tun..??

  7. Mohd Isa Isa

    Agak2 ada ker wanita akan dipancing madey, siti kasim n ratu naga kan ada, geng ganas punya, blah join dgn siti hasmah, pakat2 xbertudung, haha..

  8. Mimi Rusmiyati

    Majoriti jual nasi lemak tu wanita.. Cmna nk kawtim tuh atuk Tun oiii.. Hati dh cedera tawww.. ?

  9. Permata Nilam

    Terdesak BUAH PELIOR kau ..

  10. Hashim Baginda

    Bini dia sendiri pun dia tak jaga…

  11. Razali Che Mat

    Habis pm hanya pancing undi jantan saje ke….otak kecik

  12. Mohd Budin

    Rakyat da muak ,,pejam mata pangkah BN lebih baik keluh rakyat

  13. Zakir Omar

    Jangan layan oghang tua ni , dia reka polimik untuk.survival.

  14. Kusy Mark Om Kusy

    Cari gmbar si bngsat tua tu boleh le bungkus nasi lemak

  15. Hamidah Mohd

    Tun cakap sekarang graduare pun Ada yg terpaksa jual nasi lemak dn be Uber sbb x keje. Ada orang umngok yg bangang x faham bahasa melayu depa ditrain supaya putar belik ayat yg Tun cakap. Ini bangsat dalam umngok

  16. Muiz Is

    Anak keluaq universiti habih duit beribu2…keja tak dak mak pak suka tak…

  17. Muiz Is

    Telinga dgn mata depa dah tersumbat…

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: