24.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

[Video] Makkah Nyaris Dibedil Peluru Berpandu

RIYADH – Tentera Arab Saudi dilaporkan berjaya memintas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak Syiah Houthi di Yaman untuk menuju ke kota suci Makkah.

Media tempatan melaporkan, pemberontak disokong Iran itu dikesan melancarkan peluru balistik jenis Scud buatan Rusia yang dikenali sebagai Burkan-1 pada jam 9 malam Khamis waktu Arab Saudi (2 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Ia dipercayai ditembak dari wilayah Saada, kira-kira 544 kilometer dari Makkah namun sistem pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkannya 65 kilometer sebelum sempat menuju ke lokasi sasaran.

Kementerian Pertahanan di sini berkata, serangan itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan. Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Ahmed Asiri menuduh Iran dan pengganas Syiah Hezbollah sebagai dalang misi serangan tersebut.

Kedua-dua pihak berkenaan dipercayai menyokong Houthi malah melatih pemberontak Yaman tersebut dalam penggunaan teknologi senjata canggih untuk melancarkan serangan peluru berpandu jarak jauh sedemikian.

Dalam pada itu, agensi berita tempatan Saba melaporkan jurucakap Houthi mengesahkan serangan berkenaan, tetapi mendakwa ia sebenarnya konon disasar kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.

Mereka menjelaskan, sasaran peluru berpandu yang diubah suai itu ditetapkan untuk memusnahkan terminal lapangan terbang paling sibuk di Arab Saudi tersebut dan bukan Masjidil Haram kira-kira 60 kilometer dari situ.

Namun dakwaan Houthi itu diragui kerana ini bukan kali pertama peluru balistik ditembak menuju Makkah atau kawasan sekitarnya sebagai kempen balas dendam atas siri serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi.

Awal bulan ini, agensi berita rasmi SPA melaporkan satu peluru berpandu dilancarkan Houthi dari sempadan Yaman ke arah pangkalan udara Arab Saudi di Taif kira-kira 111 kilometer dari masjid terbesar umat Islam itu.

Kementerian Luar Yaman dalam pada itu mengutuk keras serangan tersebut sebagai bukti Houthi memang tidak mahu kepada usaha perdamaian dan menjadi ‘alat’ pemerintah Syiah Iran untuk memusnahkan negara berkenaan.

Liga Arab turut mengecam insiden itu manakala Al Azhar, institusi pengajian Sunnah terulung di Kaherah, Mesir menyifatkan serangan jahat tersebut tidak dilakukan oleh penganut Islam yang waras.

20161029-makkah-peluru-berpandu-yamen

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah...

Pakistan sasar penanaman ganja ‘hemp’ untuk pasaran global

ISLAMABAD: Pakistan merancang untuk membenarkan penanaman 'hemp' (spesies ganja) secara komersial dan membantu golongan...

Thailand rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan

BANGKOK: Thailand mencatatkan sifar kes baharu tempatan COVID-19 bagi hari ke-100 berturut-turut. Perdana Menteri, Jeneral...

Thailand promosi ganja sebagai tumbuhan ekonomi baharu

BANGKOK: Thailand mahu mempromosikan 'hemp' (spesies ganja) sebagai tumbuhan ekonomi baharu, dengan sokongan bagi...

#PRNSabah: Tiada kemenangan mutlak, Warisan pemenang terbanyak

KOTA KINABALU: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri. Walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan