24.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

[Video] Mamat terjerit-jerit di hospital terdiam disergah abang polis

  • Perbuatan lelaki yang cedera itu terus menjerit menyebabkan polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan di hospital tersebut.
  • Mamat terjerit-jerit di hospital terdiam disergah abang polis… nak panjang kes atau pendek – “Malu la sikit tu bukan isteri, baru awek tahu tak!”

SEORANG lelaki dilihat terpekik-pekik ke arah seorang lagi lelaki lain di dalam sebuah hospital tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Dalam video berdurasi dua minit 16 saat itu, lelaki tersebut berteriak dan menuntut ganti rugi daripada pemandu yang didakwa melanggar motosikal yang dinaiki bersama teman wanitanya.

Lelaki tersebut dilihat mengalami luka kecil di tangan, manakala teman wanitanya pula duduk di atas kerusi roda menyusul di belakangnya.

Bagaimanapun tindakan pemandu tersebut yang berulang kali memohon maaf kepada lelaki terbabit tidak diendahkan.

“Bayar ganti rugi… bayar sekarang. Sakit tahu tak,” katanya.


Perbuatan lelaki yang cedera itu terus menjerit menyebabkan polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan di hospital tersebut.

“Saya minta maaf,” kata pemandu yang dipercayai melanggar mangsa sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.

Berang dengan tindakan pemandu itu, lelaki tersebut terus menjerit tanpa menghiraukan teguran awal anggota polis berkenaan.

“Weh sini kau… Aku tak peduli. Aku sakit ni kau boleh cakap macam ni,” kata lelaki itu.

Bagaimanapun sifat degil lelaki itu akhirnya memakan diri.

“Bang saya polis. Awak biadab dekat sini. Awak kurang ajar sangat dah kenapa?

Padan muka. Tunjuk samseng sangat. Memekak kat hospital tak ada adab langsung. Orang macam ni garikan jer. Terbaik abang polis.
SUZANA.

“Sekarang ni kes kemalangan siapa salah siapa tidak itu belakang kira… yang penting survive. Faham?,” tegas anggota polis itu.


Namun lelaki itu dilihat seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan insiden menimpanya sehingga memaksa polis tersebut mengeluarkan baton dan gari.

“Nak panjang ke nak pendek? Nak panjang kes atau nak pendek kes? Malu sikit tu bukan isteri, baru awek tahu tak,” kata anggota polis tersebut.

Lelaki berkenaan akhirnya meminta maaf kepada anggota polis tersebut tetapi segalanya sudah terlambat.

“Pendek (kes)… OK minta maaf, minta maaf. Saya minta maaf,” katanya.

Di akhir video itu, lelaki berkenaan dilihat dibawa tiga anggota polis masuk ke dalam sebuah pondok polis di hospital tersebut.

Tindakan melampau lelaki tersebut turut dikecam netizen.

Rata-rata menyokong tindakan diambil polis terhadap lelaki itu.


“Tadi tunjuk hero depan girlfriend lepas tu minta ampun. Sabar sikit je bang. Respect orang sekeliling. Jangan jerit, jerit nanti sendiri malu,” kata Kapalterbang Kertas.

“Kadang sesetengah orang mempunyai perangai macam ni. Rasanya tak perlu nak jerit jerit sampai keluar anak tekak. Malu orang tengok. Benda boleh cakap elok-elok dengan nada suara yang rendah. Orang lagi respect. Perbuatan anda menzahirkan anda jenis orang yang bagaimana,” kata Carlos Rayyan.

“Padan muka. Tunjuk samseng sangat. Memekak kat hospital tak ada adab langsung. Orang macam ni garikan jer. Terbaik abang polis,” kata Suzana.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...