Video: Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape – Idris Haron - pakdin.my

Kerajaan negeri Melaka memutuskan mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di negeri ini yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

“Isu ini akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas mendengar laporan penuh daripada portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar di bawah Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan pada Rabu ini.

“Kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat berapa ramai peniaga vape di negeri ini dan perbincangan bersama mereka juga perlu diadakan sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sempena permulaan sesi persekolahan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari.
Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan membantu pengusaha atau peniaga vape di negeri ini terutama mereka yang telah mendapat lesen penjualan vape daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh peniaga atau penjual vape sedia ada ini ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan MBMB telah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape.

Sementara itu Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Dis lepas telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

UTAMAVideo: Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape - Idris Haron

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium