Statistik Corona

Malaysia
2,436,498
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
2,334,783
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
73,223
Active
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Malaysia
28,492
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Thailand

Thailand
1,866,863
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Thailand
1,749,848
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
Thailand
18,865
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

Global

All countries
244,814,869
Confirmed
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
All countries
220,231,865
Recovered
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am
All countries
4,970,127
Deaths
Updated on October 26, 2021 10:34 10:34 am

[Video] Minta diajar kalimah syahadah sebelum ditidurkan

Seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat dijangkiti Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum dia ditidurkan di sebuah hospital di Sabah baru-baru ini.

Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.

Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah.

Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.

“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya.

Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu.

“Moga Allah permudahkan beliau untuk mendalami ilmu agama. Semoga dipermudahakan segala urusan. Terima kasih barisan hadapan. Jasa anda amat besar ganjaranya,” komen Mohd Pilus.

“Mak cik umpama bayi yang suci baru lahir. Alhamdulillah. Tahniah mak cik. Semoga sembuh dan sihat daripada Covid-19,” kata Iziza Absha.

“Apa yang penting bersihkan hati selalu. Sebab hati yang menentukan bagaimana pengakhiran seseorang bukan asalnya. Moga kita semua mendapat khusnul khatimah (pengakhiran yang baik),” tulis Ann Fardan.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021