Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Global

All countries
228,955,299
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
203,833,333
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
4,700,355
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

[Video] MKT Sebulat Suara Tolak Pertahan Kerajaan PN Dan PM – Setia Bersama Agong

UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Demikian tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media yang berlangsung secara maya selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini.

“Kenyataan terbaru Perdana Menteri hari ini, tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan Kerajaan yang jelas telah menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong, malah mempersendakan baginda, yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.”

Ujar Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong maka, MKT sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin selaku Perdana Menteri.

“Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

“Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan,” katanya lagi.

Mesyuarat MKT yang berlangsung hari ini dilaksanakan secara maya ekoran pematuhan kepada pelaksanaan SOP bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19. – UMNO Online

Berkaitan