[Video] Mohamed Hanipa rebah ketika Mahathir memperlekeh doa dan solat hajat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin, rebah dari pentas ketika perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Putra, di sini, sebentar tadi.

Hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan mengalih badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Pasukan paramedik kemudian bergegas memberikan rawatan sebelum mengusung dan mengejarkan beliau ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.


 


Lihat video:
https://youtu.be/YkjIRNWUd7I


89 Replies to “[Video] Mohamed Hanipa rebah ketika Mahathir memperlekeh doa dan solat hajat

  1. Kita bersangka baik saja la.
    Pertama… Tun tu dah tua, apala sangat dia dpt buat. Umur 93 kalau masih kuat berdiri dan memberi ucapan sudah di kira subsidi
    Kedua… Tgk video tu dah ramai tolong.. Biarkan la yg muda² dari Tun tu p tolong. Lagi pun Tun dah tua, dah tak larat dah nk turun naik tangga.
    Ketiga.. Kan ada org bg tau dia mungkin perkara tak serius.. So go on dgn speech la..

    #BersangkaBaikLagiWalauBykDahPerkaraTakBaik

    1. masalahnya kan masalahnya kan. kalau Allah bayar cash silap2 kita jugak yang kena . kite kena doakan bala Allah jangan jatuh kat malaysia nie. adus. macam jugak ngan LGBT seks bebas. kalau nak buat buat la kubur masing2, masalahnya reality bukan kubur masing2 sebab IA hukum kifayah untuk halang kemaksiatan dan kalau Allah turunkan bala bukan die saja yang kena kite juga yang kena macam kaum2 yang telah kena kuasa Allah.

  2. Facebook Comments