[Video] Mutasi virus covid-19 makin mengganas! - pakdin.my

Mutasi adalah perubahan yang terjadi pada bahan genetik(DNA atau RNA), baik pada urutan gen(disebut titik mutasi) ataupun pada kromosom(aberasi).

Kajian dari Universiti Cambridge menunjukkan penyebaran virus ini berasal dari Wuhan dimana virus ini telah bermutasi kepada 3 jujukan(strain) dan tersebar ke seluruh dunia.

Strain A: virus ini pada mulanya ditemui pada kelawar dan tenggiling. Dianggap puncal asal virus ini dan penyebab outbreak di Wuhan.

Strain B : pisahan dari mutasi strain A dan tersebar di Wuhan dan Asia Timur.

Strain C: anak dari strain B yang majoriti menjangkiti di Eropah melalui Singapura.

Negara India melaporkan sebanyak 10 mutasi dan dimaklumkan setakat ini sudah ada 30 strain baru.

Salah satu adalah #strainA2a yang dikatakan sangat ganas dan boleh menembusi sel paru-paru manusia dalam jumlah yang banyak dan lebih cepat tersebar.

Semalam dalam ucapan Dato’ Dr Noor Hisham mengatakan Kajian Institusi Penyelidikan Perubatan(IMR) telah mengesan virus yang telah bermutasi ini. Virus ini telah menjangkiti kes-26 yang mempunyai sejarah perjalanan di Shanghai ini lebih ganas dan telah menjangkiti sehingga lebih 120 individu.

Daripada 94 kes baru semalam, 72 kes adalah kes import dan hanya 22 kes penularan tempatan.

Apa yang membimbangkan adalah strain baru yang telah bermutasi yang lebih ganas ini akan menyebabkan gelombang baru.

Terus duduk dirumah,amalkan pakai topeng muka dan kerap basuh tangan. Teruskan berdoa. Walupun PKP sudah sedikit longgar, peperangan dengan musuh tak dapat dilihat ini masih belum berakhir.

Kongsikan pada orang lain untuk terus patuh pada arahan PKP dan kita masih belum menang.

Oleh: Dr. Ahmad Samhan

https://youtu.be/8OHTFiC1Bn4

UTAMABERITA Mutasi virus covid-19 makin mengganas!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium