[Video] Nor Omar digantung 3 hari dari menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana meminta penjelasan soal Taliban - pakdin.my

Timbalan Speaker Nga Kor Ming pagi tadi telah menggantung YB Noh Omar selama 3 hari. Puncanya semalam YB Noh telah meminta penjelasan berkenaan kenyataan isu “UMNO PAS dan Taliban” daripada Nga. Perang mulut tersebut berakhir semalam selepas Nga enggan menjawab soalan.

Walaubagaimanapun, pagi ini Nga telah menggantung YB Noh tanpa kehadiran beliau. Tindakan ini telah mengundang rasa tidak puas hati pembangkang yang kemudiannya keluar beramai ramai daripada Dewan. [1]

Ada beberapa perkara janggal tentang keputusan si Nga ini:

1. Ia bercanggah dengan prinsip keadilan melibatkan hak untuk mempertahankan diri (right to defend) dan hak untuk didengar (right to be heard). YB Noh tiada peluang untuk mempertahankan diri, menjelaskan pendirian atau menarik semula kenyataan / mengaku salah kerana keputusan Nga dibuat tanpa kehadiran beliau.

2. Ia menunjukkan sisi yang tidak baik kepada institusi speaker. Sebagai contohnya, pada sidang 8 Mac 2018, TS Pandikar (Speaker Dewan ketika itu) juga pernah dicabar meletak jawatan selepas menolak usul daripada ahli parlimen PH. Namun, TS Pandikar tidak pula menggantung mana2 ahli parlimen apatah lagi melakukannya tanpa kehadiran pihak terlibat [2]. Berbeza dengan PH yang ‘menyerang’ TS Pandikar atas kapasiti beliau sebagai Speaker, YB Noh hanya ‘menyerang’ Nga atas kapasitinya sebagai pemimpin DAP.

3. Ia bercanggah dengan resolusi ke dua Pakatan Harapan pada tahun 2016 yang mahukan agar Speaker menghormati hak dan kebebasan parlimen sepenuhnya seperti amalan parlimen Westminster lain. [3]

Oleh itu, saya mencadangkan kepada seluruh ahli parlimen pembangkang agar terus memboikot sidang parlimen selagi ianya dipengerusikan oleh Nga Kor Ming.

Biar Jelutong dengan dia je dalam tu. Sama level.

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Taman Semarak Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] https://m.malaysiakini.com/news/468566

[2] Hansard Dewan Rakyat 8 Mac 2018, ms 25 – 28

[3] http://www.themalaysiantimes.com.my/terima-kasih-kerana-beri-saya-gelaran-zalim-pandikar/

LIHAT video: https://youtu.be/cCt8PIkq-Uk

UTAMAPOLITIK Nor Omar digantung 3 hari dari menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium