30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Video: Operasi Cari Mangsa Tertimbus Akibat Penebat Kilat Runtuh Dihentikan

 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah jalan raya yang dihempap penebat kilat akibat ribut di George Town, Pulau Pinang ditamatkan tanpa menemui mangsa, pagi tadi.

Operasi itu tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan yang dikhuatiri menjejaskan bangunan sekitar selain saluran paip dan kabel elektrik bawah tanah.

Pengerusi Panel Penasihat Teknikal Kerajaan Negeri, Datuk Lim Kok Khong yang menyelia operasi mencari berkata kerajaan negeri tidak mahu mengambil risiko sehingga membahayakan bangunan sekitar dengan meneruskan operasi itu.

Jelas beliau, struktur dan kestabilan tanah dikhuatiri terjejas jika lubang dikorek melebihi enam meter.

Selain itu, hujan lebat malam tadi juga menyebabkan lubang itu digenangi air dan lumpur sehingga menyukarkan kerja-kerja mengesan kedudukan kenderaan dan mangsa yang tertimbus.

Sebelum itu, keluarga mangsa yang berada di lokasi juga memberi persetujuan untuk memberhentikan operasi terbabit selepas dimaklumkan mengenai keadaan itu.

Mangsa, Lim Chin Aik, 44 tahun yang juga seorang peniaga dipercayai tertimbus bersama keretanya selepas dihempap penebat kilat yang tumbang dari atas Bangunan UMNO negeri di Jalan Macalister pada petang Khamis lalu.

Pasukan mencari menemui serpihan kereta Honda City milik mangsa termasuk empat tayar, bahagian depan kereta serta nombor chasis enjin dalam operasi mencari.

Kelihatan lubang besar sedalam lima meter yang terbentuk akibat runtuhan konkrit penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang berikutan ribut kencang di negeri itu, Khamis lepas. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat belum mengenal pasti kedudukan sebenar kereta milik Lim Chin Ain, mangsa yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan itu
Kelihatan lubang besar sedalam lima meter yang terbentuk akibat runtuhan konkrit penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang berikutan ribut kencang di negeri itu, Khamis lepas. Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat belum mengenal pasti kedudukan sebenar kereta milik Lim Chin Ain, mangsa yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan itu

 






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan