Video: PAC 'tutup kedai' kalau Tony Pua bergantung kepada dokumen awam - pakdin.my

https://youtu.be/pON_wTBZHUE

“Kalau nak bergantung pada dokumen awam, kita semua tutup kedailah, tak perlu ada siasatan,” kata Datuk Liang Teck Meng.

Teck Meng yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, hari ini.

Dalam kenyataan yang dilaporkan portal berita itu, Pua mempertahankan dirinya dengan mengatakan kritikan secara terbukanya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak melanggar Peraturan Mesyuarat kerana menggunakan maklumat yang sudah diketahui umum.

Bagaimanapun, Teck Meng berkata kenyataan itu disifatkannya sebagai mengejutkan dan memalukan kerana ia seolah-olah membelakangkan proses siasatan PAC yang dilakukan secara adil dan telus.

“Saya terkejut dengan kenyataan begini, dia buat ‘statement’ berdasarkan dokumen umum. Saya rasa malu sebagai ahli PAC. Mana boleh kita buat sesuatu keputusan berdasarkan dokumen umum, kalau begitu tak perlu ada siasatan PAC, tak perlu Jabatan Audit Negara, tak perlu lagi muktamadkan Laporan Audit Negara.

“Kita semua tutup kedailah, kita buat keputusan berdasarkan dokumen umum saja. Kenyataan saya juga tidak menyebut mana-mana nama, siapa makan cili dia terasa pedas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Teck Meng berkata, kenyataan Facebook Tony Pua yang dikritiknya sebelum ini bukan sekadar mengkritik 1MDB, tetapi beliau seolah-olah membuat satu keputusan dengan menyebut “dalang menyebabkan kehilangan berbilion ringgit duit pembayar cukai”.

“Saya tertanya-tanya daripada mana beliau dapat maklumat umum berhubung ‘kehilangan berbilion ringgit oleh dalang’. Adakah berdasarkan laporan audit atau Sarawak Report dan beliau membuat keputusan itu,” katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDBVideo: PAC 'tutup kedai' kalau Tony Pua bergantung kepada dokumen awam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium