[VIDEO] PAK LAH: MUHYIDDIN HANCURKAN HATI SAYA - pakdin.my

Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menunjukkan sikap `tidak setia’ apabila beliau secara terbuka mahu mencabar Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Di dalam buku biografinya `Being Abdullah Ahmad Badawi’, bekas perdana menteri itu juga mengkritik Muhyiddin atas kelakuannya hingga membawa dirinya keluar sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

“Ramai kawan-kawan berkata saya sepatutnya pecat Muhyiddin. Apa yang dilakukannya adalah tidak wajar bagi seorang menteri kanan. Apa yang beliau katakan adalah sangat buruk. Dia tidak setia,” katanya.

Menerusi biografi itu, Abdullah turut menyatakan kepada rakan-rakannya bahawa hatinya telah dihancurkan oleh tindakan Muhyiddin.

Pada November 2008, Abdullah yang berada dalam tekanan terpaksa melepaskan jawatan berikutan keputusan pilihan raya pada tahun berkenaan yang kurang memberangsangkan.

Pada November 2008, Muhyiddin menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden untuk memberi tekanan kepada Najib mencabar kepimpinan Pak Lah.

Penulis biografi, Datuk Wong Sulong menjelaskan bahawa Pak Lah memberitahu rakan-rakannya bahawa “hatinya remuk” akibat tindakan Muhyiddin.

“Kemudian, Muhyiddin mencuba sedaya upaya untuk memohon maaf kepada Abdullah,” kata Wong.

Jelasnya, bekas pemimpin UMNO yang dipecat itu hanya berjaya memohon maaf kepada Pak Lah pada Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Beliau seterusnya diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Pak Lah melepaskan jawatan dan Najib diangkat sebagai perintisnya.

Kini, setelah dipecat dari UMNO, Muhyiddin menubuhkan parti sendiri bersama Dr Mahathir membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Muhyiddin bertindak sebagai Presiden manakala Dr Mahathir diangkat sebagai Penasihat parti.

20161103-muhyiddin-hancurkan-hati-pak-lah

UTAMAPOLITIK PAK LAH: MUHYIDDIN HANCURKAN HATI SAYA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium