BANGKOK — Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat.
Pegawai Polis Daerah Pak Phanang Sub Lt It Paijit Pongkaew berkata serpihan itu akan dibawa ke balai polis daerah itu bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara ini memeriksanya.
“Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan dipercayai daripada pesawat itu,” katanya kepada Bernama di sini menerusi telefon daripada Pak Phanang, pada Ahad.
Serpihan yang ditemukan itu, katanya, telah ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis.
Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan tentang penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang.
Penemuan serpihan dipercayai daripada pesawat di pantai di selatan Thailand itu telah mendorong media negara ini membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lepas.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Menurut It Paijit, walaupun serpihan ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat itu menyerupai bahagian pesawat, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikannya tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar.
“Ia (serpihan) memang kelihatan seperti daripada pesawat tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dahulu,” katanya dan menurutnya proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam.
Video: Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat Di Percayai MH370 Ditemui Di Pantai Nakhon Si Thammarat https://t.co/IFv038JNRe
RT @KamaluddinIdrus: Video: Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat Di Percayai MH370 Ditemui Di Pantai Nakhon Si Thammarat https://t.co…
Video: Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat Di Percayai MH370 Ditemui Di Pantai Nakhon Si Thammarat: BAN… https://t.co/dLOqsv3fs7
Video: Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat Di Percayai MH370 Ditemui Di Pantai Nakhon Si Thammarat: BAN… https://t.co/VbotFDFQjb
Video: Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat Di Percayai MH370 Ditemui Di Pantai Nakhon Si Th… https://t.co/vWNV3BALO7
Danish Nharish liked this on Facebook.
Roger Gray liked this on Facebook.
Elle Azri Mansor liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Yazid Saidin liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Sani Jamal liked this on Facebook.
Marzuki Borak liked this on Facebook.
Joe Black liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Azahari Amit liked this on Facebook.
Rashid Is liked this on Facebook.
Fidah Umie liked this on Facebook.
Boodak Sri Kinta liked this on Facebook.
Abdullah Hamid liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Badshah Ismail liked this on Facebook.