Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

Global

All countries
245,328,542
Confirmed
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
220,685,795
Recovered
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm
All countries
4,979,668
Deaths
Updated on October 27, 2021 15:36 3:36 pm

[Video] PAS sokong tangguh Undi18, pengundi jangan dinilai menerusi umur, kata Hadi

MASA BENTANG DI DEWAN RAKYAT, LEBAI 100% SOKONG LAKSANA SELEWAT-LEWATNYA JULAI 2021. SEKARANG SOKONG TANGGUH.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, parti itu melihat keperluan dan kelayakan mengundi dinilai menerusi kematangan, bukannya had umur semata-mata.

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, parti itu menyokong langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda pelaksanaan dasar Undi18 yang dijadualkan bermula Julai depan ke September tahun depan.

Hadi berkata, berbeza dengan kritikan dilontarkan pemimpin parti lain, PAS melihat keperluan dan kelayakan mengundi dinilai menerusi kematangan, bukannya had umur semata-mata.

“Kita setuju (penangguhan SPR berkaitan Undi18). Undi bergantung kepada kematangan, jangan undi 18 tahun sahaja, mestilah ada kematangan.

“Kita tidak boleh terpengaruh dengan Barat. Kematangan boleh berlaku pada usia 16 tahun, 18 tahun, 25 tahun pun ada.

“Orang (berusia) 40 tahun tidak matang lagi pun ada. Tetapi malangnya kita berpandukan kepada konsep demokrasi Barat, pada umur bukan kematangan,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Facebook.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dilaksanakan susulan pandemik Covid-19 mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2019.

Kenyataan beliau mencetuskan pertikaian dan kekecewaan pelbagai parti politik, termasuk pemimpin parti sekutu PAS dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Ketika ditanya apakah PAS terkesan dengan keputusan SPR itu, Hadi berkata, PAS tidak menerima sebarang kesan, selain menegaskan bahawa kematangan lebih penting berbanding umur sebagai kelayakan untuk menjadi pengundi.

“Yang penting, kita mahu rakyat yang matang memilih kerajaan yang matang. Kalau rakyat mentah, pilih kerajaan juga mentah. Kematangan penting,” katanya.

Pada 16 Julai 2009, Dewan Rakyat meluluskan RUU bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon bertanding kepada 18 tahun.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021