[Video] Pasang lagu ‘Balik Kampung’, petugas Jabatan Penerangan gurau ‘kasar’ - pakdin.my

Kelibat kenderaan Jabatan Penerangan Malaysia memasang lagu raya menerusi pembesar suara sewaktu melintasi sebuah sekatan jalan tular di media sosial.

Tidak diketahui lokasi dan masa kejadian tersebut, ia bagaimanapun mengundang rasa geli hati kebanyakan warga maya.

Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu, kelihatan sebuah van Jabatan Penerangan Malaysia melintasi sekatan jalan raya sambil memutarkan lagu ‘Balik Kampung’ dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad melalui sistem pembesar suara.

Video dimuat naik laman Facebook Polis Kedah itu setakat ini mendapat lebih 60,000 tontonan.

Kebanyakan orang ramai terhibur dengan video itu sambil menyifatkan ia sebagai gurauan “kasar” buat petugas barisan hadapan negara yang tidak dapat bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

UTAMABERITA Pasang lagu 'Balik Kampung', petugas Jabatan Penerangan gurau 'kasar'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium