[VIDEO] PASANGAN BIA'DAP GANGGU ANGGOTA MBSA DICEKUP DAN DAKWA - pakdin.my

Sepasang lelaki dan wanita yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) kerana mengeluarkan saman, akhirnya ditahan polis selepas video mereka melakukan perbuatan itu tersebar di laman sosial.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr Abdul Aziz Awang Darus pada pagi Jumaat.

“Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Klip video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang anggota penguatkuasa wanita MBSA didakwa dikasari seorang lelaki dan pasangannya menjadi viral di laman media sosial.

Dalam video itu, pasangan itu dlihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa wanita itu termasuk menarik pakaian dan mengepungnya.

Berlaku sedikit pergelutan ketika pegawai wanita itu cuba meninggalkan pasangan tersebut tetapi dihalang lelaki berkenaan sambil mengambil gambar mangsa.

Mangsa turut kedengaran mendapatkan bantuan rakan sekerjanya yang cuba meleraikan keadaan.

Di akhir video tersebut, seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna merah dilihat cuba membantu dua pegawai berkenaan.

Rakaman tersebut berakhir selepas pegawai itu berjaya melepasi halangan pasangan berkenaan.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh disebabkan pasangan berkenaan tidak berpuas hati disaman anggota penguatkuasa itu.

20161124-halang-tugas-mbsa-dakwa-1 20161124-halang-tugas-mbsa-dakwa-2

20161124-halang-tugas-penguatkuasa-mbsa

UTAMABERITA PASANGAN BIA'DAP GANGGU ANGGOTA MBSA DICEKUP DAN DAKWA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium