Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Global

All countries
232,360,218
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
207,251,469
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
4,758,748
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Video pegang pistol tular, tiga remaja ditahan

Polis menahan tiga remaja lelaki selepas tular rakaman video menunjukkan salah seorang daripadanya memegang senjata menyerupai pistol, ketika mereka berada di hadapan sebuah rumah di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesan rakaman video ketiga-tiga remaja berusia 20 hingga 22 tahun itu melalui aplikasi Whatsapp, pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

“Perbuatan tiga remaja tersebut telah mendatangkan kegusaran kepada masyarakat terhadap keselamatan awam.

“Bertindak atas maklumat, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak berjaya menangkap dua remaja yang terlibat, serta merampas satu senjata tiruan yang menyerupai senjata api jenis pistol semi-auto pada kira-kira pukul 2.30 petang.

“Ketika ditahan, kedua-dua remaja tersebut sedang berkeliaran menaiki motosikal di Jalan Kampung Paloh, manakala seorang lagi remaja yang terlibat telah ditahan pada kira-kira pukul 7 petang,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata ketiga-tiga remaja itu mengaku telah membeli pistol tiruan berkenaan dan berkumpul di hadapan sebuah rumah semalam sambil meminum arak, dan salah seorang daripada mereka mempamerkan pistol tiruan yang dimiliki dengan dirakam oleh rakan yang lain sebelum video ditularkan.

Mior Faridalathrash berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960 kerana memiliki senjata tiruan tanpa lesen yang sah, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang aksi dan perbuatan yang boleh mengganggu gugat keselamatan awam, dan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Katanya pihak polis turut berterima kasih kepada pihak masyarakat yang memberikan maklumat dan kerjasama, dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

— BERNAMA

Berkaitan