27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

[Video] Pekerja kedai serbaneka disamun dua lelaki bersenjata parang

GOMBAK – Seorang remaja lelaki yang bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Selayang Height, Batu Caves di sini menghadapi detik cemas apabila disamun oleh dua lelaki bersenjatakan parang pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mangsa, Muhammad Fazlee Abdullah, 17, didatangi oleh seorang lelaki warga tempatan semasa sedang bertugas berseorangan di kedai tersebut kira-kira pukul 7.35 pagi.

“Lelaki tersebut yang memakai jaket serta topi berwarna hitam berpura-pura bertanyakan tentang tambah nilai kredit telefon bimbit kepada mangsa dan tidak lama kemudian memanggil seorang lagi rakannya di luar kedai tersebut untuk masuk ke dalam.

“Rakannya yang memakai baju merah hitam dan topi berwarna hitam membawa sebilah parang dan kedua-duanya terus mengambil wang tunai bernilai RM26.90 di dalam mesin tunai serta 46 kotak rokok pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor menambah, kedua-dua suspek segera beredar dari kedai tersebut dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggaran kerugian adalah bernilai RM752.30 dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di laman media sosial diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Pada hari ini telah tular di laman sosial Facebook sebuah video rakaman CCTV yang menunjukkan dua lelaki mengugut seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di Selayang Height dengan menggunakan parang dalam satu kejadian pada Isnin lalu.

Dalam video berdurasi dua minit itu, mangsa yang diugut dengan parang hanya mampu memerhatikan sahaja kedua-dua suspek mengambil wang tunai daripada mesin tunai dan juga beberapa kotak rokok yang diletakkan di belakang bahagian juruwang. – K! ONLINE

LIHAT video: https://youtu.be/lz7Tg9naNNI






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan