[VIDEO] PELAJAR HILANG PERKHEMAHAN DI SUNGAI CHILING, KUALA KUBU BHARU

KUALA KUBU BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Dua yang menyertai perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dilaporkan hilang awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kehilangan Anis Fatihah Hishamuddin, 14, pada jam 3.20 pagi.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata gerakan SAR dilakukan di kawasan sekitar tapak perkhemahan itu namun Anis Fatihah masih belum dijumpai dan sehingga kini pencarian diperluaskan dengan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Beliau berkata operasi SAR dilakukan di laluan darat dan sungai turut dibantu unit penyelam dari lubuk air terjun Sungai Chiling.

“Ini kerana kami ada menemui sepasang telekung dan kasut sebelah kiri dipercayai milik pelajar itu di kawasan berkenaan…keluarganya mengesahkan barangan itu adalah milik Anis,” katanya.

Difahamkan, seramai 47 pelajar menyertai perkhemahan itu anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

20161203-anis-fatihah-hilang-sungai-chiling

fb_img_1480778798034

5 KOMEN

Comments are closed.