31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Video: Pemandu Teksi Nyaris Rempuh Pengawal Hospital Ditahan

Seorang pemandu teksi yang mengalami sakit mental ditahan selepas nyaris merempuh pengawal di pintu masuk Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden tersebut tersebar di laman media sosial pada minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pemandu teksi yang mahu menurunkan penumpang di hospital tersebut, memecut laju ke laluan pintu utama kira-kira pukul 8.45 pagi pada 12 Oktober lalu.
“Seorang penumpang dari Sibu, Sarawak meminta pemandu teksi itu untuk menurunkannya di luar hospital.
“Penumpang itu terkejut apabila pemandu teksi memecut laju ke arah pintu pemeriksaan keselamatan, nyaris merempuh seorang pegawai tentera,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Isnin.
Mohamad Roy berkata pegawai tentera itu berjaya mengelak teksi tersebut tetapi mengalami kecederaan di pergelangan tangan akibat terjatuh.
Menurut beliau, sekumpulan pegawai tentera mengejar teksi tersebut dan menahan suspek di persimpangan lampu isyarat yang terletak kira-kira 200 meter dari pintu masuk hospital terbabit.
“Mereka menahan suspek dan menyerahkannya kepada polis. Mereka membuat laporan polis pada hari yang sama. Siasatan mendapati pemandu teksi itu mengalami kemurungan,” katanya.
Mohamad Roy berkata pemandu teksi itu pergi menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu.
“Dia disahkan negatif penggunaan dadah. Dia juga tidak berada di bawah pengaruh alkohol semasa insiden itu. Suspek turut tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah lampau,” katanya.
Beliau berkata lelaki tersebut yang disiasat kerana cubaan membunuh didakwa di mahkamah pada 16 Oktober lalu.
Tambahnya, suspek turut dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan untuk penilaian psikiatri pada hari yang sama.
“Dia sudah berpisah dengan isterinya dan tinggal bersendirian,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan