[Video] Pemandu wanita mabuk akibatkan kemalangan lima kenderaan - pakdin.my

AMPANG – Seorang wanita warga China ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga mengakibatkan kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Taman Muda di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian pada jam 11 malam itu, wanita berusia 54 tahun memandu Proton Wira telah hilang kawalan, lalu melanggar sebuah kereta jenis Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan di Jalan Bunga Cempaka 2 di sini.

“Suspek kemudiannya telah mengundurkan keretanya lalu telah melanggar kereta jenis Honda City yang diparkir di bahu kanan jalan tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Honda City telah teranjak ke hadapan dan melanggar kereta jenis Chevrolet,” katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, suspek seterusnya telah memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A di sini.

“Suspek sekali lagi telah hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Proton Saga yang diparkir di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu di tepi kiri jalan,” katanya.

UTAMABERITA Pemandu wanita mabuk akibatkan kemalangan lima kenderaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium