24 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Video: Pengerusi sayap Umno mahu rasmi sendiri mesyuarat

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri parti Melayu itu atas permintaan pengerusi sayap masing-masing, kata naib presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno demi menghormati permintaan pengerusi sayap parti Melayu itu.

“Itu permintaan pengerusi sayap. MT hormati permintaan pengerusi sayap,” katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada pemimpin muda di bawah Kesatria Muda Keselamatan (KMK), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut hadir pada sidang media berkenaan.

“Saya sahkan apa yang dikatakan Zahid. Itu permintaan saya, Wanita dan Puteri. Perasmian tidak tertulis dalam Perlembagaan dan ia hanya konvensyen,” katanya yang juga menteri belia dan sukan.

“Tidak ada niat untuk senyapkan sesiapa, saya rasa lebih sesuai ia dibuat di peringkat sayap sendiri,” kata Khairy.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MT memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno pada Disember akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Muhyiddin.

Najib yang juga perdana menteri itu berkata, keputusan itu dicapai bagi mengekalkan “suasana baik dan positif” perhimpunan.

“Perhimpunan agung kali ini kita hendak suasananya baik dan positif.

“Antara keputusan yang kita buat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan dirasmikan ketua sayap masing-masing,” katanya.

Keputusan yang dicapai pada mesyuarat di bangunan sementara Parlimen petang semalam dibuat tanpa kehadiran Muhyiddin yang juga timbalan presiden dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan