[Video] Penghantar makanan maut dihempap pokok - pakdin.my

Seorang penghantar makanan maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat di Taman Len Seng, Cheras dekat sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 4.19 petang apabila lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai melalui kawasan tersebut sebelum dihempap pokok.

Mangsa kemudian diangkat oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke stesen minyak Petronas Alam Damai.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu dan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Cheras diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada 4.28 petang, kita dapati mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang seterusnya memastikan kawasan dalam keadaan selamat,” katanya di sini.

Tular video dan gambar mangsa dibawa oleh orang ramai dalam keadaan hujan lebat ke arah Petronas sebelum dibaringkan di perkarangan stesen minyak.

UTAMABERITA Penghantar makanan maut dihempap pokok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium