Video: Perkampungan Nelayan Bukit Malut Langkawi Terbakar - pakdin.my

kebakaran-kampung-malut-langkawi

Lebih 150 buah rumah di Perkampungan Nelayan Bukit Malut Langkawi musnah dalam satu kebakaran siang tadi.

Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas, kira-kira jam 2.15 petang.

Angin kuat dan cuaca panas menyebabkan api marak dengan cepat hingga ada penduduk tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.

Kedudukan rumah yang terlalu rapat juga menyebabkan api sukar dikawal dari merebak ke kediaman berhampiran.

Pasukan bomba dan penyelamat dengan kekuatan 36 anggota dan empat jentera dapat mengawal api dua jam kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Lima tahun lalu, kebakaran turut memusnahkan 70 buah rumah di perkampungan nelayan ini.

 

 

UTAMABERITAVideo: Perkampungan Nelayan Bukit Malut Langkawi Terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium