[Video] Pesawat AirAsia D7237 Bergegar, Patah Balik Ke Perth - pakdin.my


https://youtu.be/EskJxSlVOq8

Juruterbang menukar haluan penerbangan pesawat AirAsia yang membawa seramai 359 penumpang dalam perjalanan ke Malaysia disebabkan oleh masalah teknikal.

Pesawat D7237 berlepas sebelum pukul 7 pagi Ahad dari Lapangan Terbang Perth menuju ke Kuala Lumpur, tetapi terpaksa mendarat semula pada pukul 10 pagi di Perth.

Seorang penumpang, Brenton Atkinson memberitahu ABC News, pesawat itu bergegar dengan teruk sebelum berpatah balik kira-kira sejam setengah selepas berlepas.

“Saya rasa ada masalah enjin, itu yang dimaklumkan kepada kami,” kata penumpang yang berusia 24 tahun itu.
Katanya, terdapat letupan kecil berlaku sebelum pesawat yang dinaiki mereka berpatah balik.

“Pesawat mula bergegar dengan teruk. Rasa seperti duduk di atas mesin basuh,” katanya.

Selepas mendarat dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat terbabit, Brenton menyedari bahawa satu daripada bilah kipas pesawat terkeluar daripada turbin.

Sementara itu, guru dari Perth, Damos Stevens dan Mitch Jamieson merakam keadaan mereka yang tengah duduk dalam keadaan bergegar di dalam pesawat tersebut.

Damos berkata di dalam video berkenaan: “Kita akan menikmati minuman selepas kita balik.”

 

 

 

 

UTAMA Pesawat AirAsia D7237 Bergegar, Patah Balik Ke Perth

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium