[Video] PKR lebih teruk langsung tak bela nasib pemandu teksi – padan muka - pakdin.my

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau hilang harapan kepada PKR.

Ini kerana, dakwanya barisan kepimpinan hingga akar umbi parti itu mementingkan kedudukan berbanding mengotakan janji untuk membela pemandu teksi.

“Saya tidak mahu bercakap tentang PKR, saya hilang harapan kepada PKR. PKR bercakap benda yang tidak ada fakta, bercakap perkara yang tidak munasabah.

“PKR punya wakil rakyat, menteri, orang PKR hanya bercakap demi untuk politik dan kedudukan. Setelah dapat kedudukan mereka tidak peduli apa janji-janji.

“PKR lebih teruk daripada UMNO. PKR cakap tin kosong, cakap tentang kedudukan bila dah dapat semua lupa,” katanya kepada media dalam satu sidang media khas.

Shamsubahrin juga berkata, berbanding Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PRK, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin adalah pemimpin parti yang tidak bertanggungjawab.

“Apa (Datuk Seri) Mohamed Azmin dah buat? Di mana anda? Zuraida Kamaruddin di mana kamu?

“Sebab itu kempen saya menyokong Rafizi Ramli, dia bertanggungjawab, dengar kami dan cuba membantu kami bukan Azmin dan Zuraida,” ujar beliau.

Kini, katanya, industri itu mengharapkan pembelaan daripada PPBM kerana DAP dan PAN juga mengabaikan pemandu teksi.

“Saya berharap hanya kepada PPBM, kami tidak boleh berharap kepada DAP lagi.

“Saya harap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun tampil menyokong kami (pemandu teksi),” tambahnya.

 

LIHAT video: https://youtu.be/JW52BJlukk0


……..
https://pakdin.my/tag/teksi
https://pakdin.my/tag/grab

UTAMAPOLITIK PKR lebih teruk langsung tak bela nasib pemandu teksi - padan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium