32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

[Video] Polis sahkan lelaki didakwa positif Covid-19 sebenarnya sakit jantung

Seorang lelaki terbaring di hadapan sebuah kedai di Enterprenuer Park di sini, yang videonya tular di media sosial Ahad lepas, bukanlah positif jangkitan Covid-19 seperti  didakwa tetapi mengalami serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi yang mengesahkan perkara berkenaan berkata kejadian itu berlaku pada 7.55 malam.

Beliau berkata mangsa berumur 33 tahun itu disyaki mengalami serangan jantung, terjatuh di hadapan sebuah kedai dan tidak sedarkan diri, lalu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami pendarahan di bahagian otak dan masih dalam keadaan koma manakala ujian saringan Covid-19 yang dijalankan oleh PPUM mengesahkan mangsa adalah negatif,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahad lepas, satu video berdurasi 52 saat tular di media sosial memperlihatkan rakaman orang awam mengenai seorang lelaki didakwa positif Covid-19 terbaring di hadapan sebuah kedai, dan beberapa petugas kesihatan PPUM lengkap berpakaian sut peralatan perlindungan diri (PPE).

Sementara itu, Zairulnizam menggesa orang ramai terutama penduduk di kawasan Kuchai Lama di sini, menyemak setiap maklumat diterima dan lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sebarang maklumat serta memastikan ia dari sumber sepatutnya.

“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi segala peraturan ditetapkan di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang masih berkuatkuasa sehingga 9 Jun ini, selain menghubungi pusat pengurusan operasi negara di talian hotline 03-88882010 atau talian hotline polis Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222 jika terdapat sebarang kemusykilan,” katanya. ― Bernama

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan