[Video] Polis serbu sindiket judi online warga China - pakdin.my

Taktik sindiket judi online yang beroperasi di sebuah unit kondominium di Bandar Mahkota Cheras, di sini terbongkar selepas polis menahan 30 warga China termasuk enam wanita, semalam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Azmi Shukor berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam serbuan pada jam 2.30 petang itu berusia di antara 20 hingga 35 tahun.

Beliau berkata, polis percaya sindiket berkenaan menjalankan aktiviti promosi judi dalam talian yang berpusat di dalam negara dengan menggunakan lawan sesawang dan aplikasi Wechat serta menyasarkan mangsa dari China

“Siasatan mendapati sindiket itu beroperasi di kondominium berkenaan sejak sebulan lalu. Polis turut merampas 30 set komputer riba, 76 unit telefon bimbit serta empat modem,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong diupah dengan gaji RM3,000 sebulan untuk mengawal komputer serta mencari pelanggan.

“Semua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

UTAMABERITA Polis serbu sindiket judi online warga China

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium