32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 10, 2021

[Video] Polis siasat restoran hias gambar pemimpin Komunis

GEORGETOWN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di sini menghiasi gambar semasa era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan berusia 41 tahun tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati restoran yang diselia lelaki terbabit beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang Perai Tengah.

“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Petang tadi, restoran itu yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook sekali gus mendapat kecaman netizen.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.