[VIDEO] PRESIDEN PARTI CAP BUNGA, MUHYIDDIN YASSIN BERBOHONG DI PARLIMEN - pakdin.my

 
https://youtu.be/EsbmyyRx2vc

Presiden Cap Bunga Muhyiddin Yassin adalah seorang pendusta dan menyesatkan parlimen dalam ucapan belanjawan. Beliau juga patut dikenakan tindakan menghina mahkamah.

kami berikan anda hanya 5 contoh.

1. Dia terus menyebut 1MDB masih berhutang sebanyak RM53 bilion. Pada masa yang sama, Shafie Apdal berkata 1MDB menjual 60% daripada Bandar Malaysia ke China (salah, ia sebenarnya 24%) dan Mahathir berkata 1MDB menjual semua loji kuasa ke China. Lihat sini:

Jadi selepas dijual, ia masih RM53 bilion? The Edge tidak melaporkan ini dan sebab itu kah Muhyiddin tidak tahu?

1MDB telah membuat pembayaran awal di luar jadual pembayaran balik selama 30 tahun bagi bon RM5 bilion dan 10 tahun bagi bon USD3 bilion manakala bon USD3.5 bilion bon yang dijamin oleh IPIC masih di bawah timbang tara dan perlu diselesaikan tidak lama lagi. Kerajaan tidak pernah sama sekali terlibat menyelamatkan 1MDB.

Oleh itu, Muhyiddin telah berbohong di Parlimen dan perlu dipanggil sebagai pembohong di Parlimen kerana masih menyebut RM53 bilion walaupun ianya jelas tidak benar.

2. Beliau mengatakan bahawa “Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, kerajaan mengalami kerugian antara RM23 bilion dan RM40 bilion setahun kerana kelemahan dalam penguatkuasaan, rasuah yang berleluasa dan penyelewengan.”

Mana datangnya kajian tersebut? Siapa yang telah menjalankan kajian yang tidak dinamakan ini? Adakah dari Pakatan Harapan yang sentiasa mengatakan mereka boleh mengurangkan 10% daripada perbelanjaan Kerajaan dalam Bajet 2016 dengan menghapuskan rasuah dan pembaziran dan selepas itu tiba-tiba kata mereka boleh mengurangkan 25% pada tahun 2017?

Jika Muhyiddin tidak boleh menjelaskan mengenai kajian ini dan menunjukkan kepada kita andaian dan pengiraan beliau maka beliau perlu dikenakan tindakan kerana mengelirukan parlimen.

3. Muhyiddin berkata, beliau menyekat pinjaman kerajaan RM3 bilion kepada 1MDB semasa dalam kabinet kerana ianya akan digunakan untuk membayar faedah. Ini sekali lagi salah. Wang tersebut sebenarnya untuk membantu membangunkan TRX dan lebih kritikal, loji kuasa Jimah Timur. Dan disebabkan Muhyiddin telah menyekatnya, 1MDB terpaksa menjual Jimah Timur kepada TNB dan 1MDB menanggung kerugian. Kejayaan membangunkan Jimah Timur akan membawa keuntungan besar kepada 1MDB tetapi telah di sabotaj oleh Muhyiddin.

Muhyiddin berbohong mengenai penggunaan dana daripada RM3 bilion. Kertas Jemaah Menteri ada menunjukkan apakah tujuan sebenar dana tersebut. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong.

4. Muhyiddin berkata berdasarkan “Pakar-pakar ekonomi”, nilai Ringgit tidak sepatutnya lebih rendah daripada RM3.50 berbanding USD1 walaupun akibat kejatuhan harga minyak dan jika Ringgit lebih rendah daripada itu, maka ini adalah disebabkan oleh sentimen 1MDB.

Okay .. mari kita melihat sejarah pada 2 Januari 2015 – sebelum isu 1MDB diletupkan. Pada hari itu, Ringgit sudah berada pada RM3.51 – lebih tinggi daripada berdasarkan kajian “pakar-pakar” yang tidak beliau namakan.

Malah, sejak hari itu hingga ke hari ini, ringgit telah jatuh 19.37% manakala dalam tempoh yang sama, Euro telah jatuh 24.66% berbanding USD. Begitu juga negara-negara pengeluar minyak seperti Uzbekistan (jatuh 26.09%) dan Kazakstan (turun 80%) jatuh lebih teruk dari Ringgit.

Muhyiddin nampaknya tidak faham bahawa disebalik kejatuhan harga minyak, Dolar Amerika Syarikat telah mengukuh sejak masa itu kerana mereka menaikkan kadar faedah.

Malah, Ringgit hanya jatuh 12% daripada paras RM3.73 nilai Ringgit semasa Najib mula mengambil alih.

Selain itu, Muhyiddin juga harus bertanya Pengerusi beliau mengapa Najib tidak boleh melakukan yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Mahathir dengan menambat ringgit pada RM3.80? Maksud beliau Mahathir boleh lakukan mengapa tidak Najib? Ini kerana dengan menambat Ringgit manakala nilai matawang negara-negara lain juga lemah boleh menghakis daya saing dan memberi kesan kepada pelaburan asing.

Muhyiddin patut dikenakan tindakan berbohong dan tidak memahami ekonomi dan bergantung kepada pakar-pakar ekonomi yang tidak dinamakan.

5. Muhyiddin berkata, “Apabila ringgit kita telah diserang pada tahun 1997, rizab antarabangsa negara pada masa itu masih kukuh,”

Rizab kita adalah lemah pada masa itu diparas USD20 bilion – ini kerana Mahathir berjudi di FOREX dan kehilangan RM30 bilion hanya beberapa tahun sebelum itu.

(Untuk maklumat, sekarang rizab FOREX kita adalah USD97 bilion masih lebih tinggi daripada semasa Najib mengambil alih pada tahun 2009.

Jika rizab kita kukuh ketika itu, dia ingat Ringgit kita akan diserang? Jika rizab kita kukuh sudah tentu dapat mempertahankan diri dari serangan, akan tetapi Ringgit telah jatuh teruk dari RM2.50 kepada RM4.80 dalam tempoh beberapa bulan?

Fikir lah sendiri.

No wonder Khairuddin bailed out from your party the next day after you gave your speech in Parliament.

Beliau ini bekas Menteri Pendidikan?

Muhyiddin patut dikenakan tindakan kerana kebodohan beliau di Parlimen dan dihalang selama-lamanya dari menjadi Menteri Pelajaran.

Malah, beliau perlu diharamkan daripada menjadi seorang guru di mana-mana sekolah kerajaan.

Tidak hairanlah Khairuddin keluar dari parti cap bunga pada hari berikutnya selepas beliau memberikan ucapan di Parlimen.

20161026-muhyiddin_yassin

UTAMAPOLITIK PRESIDEN PARTI CAP BUNGA, MUHYIDDIN YASSIN BERBOHONG DI PARLIMEN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium