[Video] Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Terbakar : 25 Maut, Beberapa Lagi Kritikal ?  - pakdin.my


https://youtu.be/z2A06clyyWk

Sejumlah 25 orang terkorban, tiga kritikal dan dua separa kritikal dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, hari ini.

Tiga daripada yang terkorban adalah mereka yang bertugas sebagai warden di tahfiz tiga tingkat tersebut.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.10 pagi di tingkat teratas bangunan.

Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan tahfiz itu.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berusaha mengawal kebakaran hingga jam 6.15 pagi.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

UTAMABERITA Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Terbakar : 25 Maut, Beberapa Lagi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium