[VIDEO] Rampas Selangor Atau Gagal Selamanya – Zahid Hamidi - pakdin.my


https://youtu.be/-fFLzsOLjdeY

SABAK BERNAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan UMNO Selangor supaya meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atau berdepan kemungkinan negeri itu gagal ditawan selamanya.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, PRU-14 adalah peluang terakhir UMNO Selangor selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Keadaan UMNO Selangor ibarat sebuah perkahwinan politik yang ada tiga talak dan sekarang hanya tinggal satu lagi talak.

“Ada dua jenis talak iaitu talak raji’e dan talak bain. Hanya talak raj’ie boleh dirujuk dengan syarat tetapi talak bain tidak boleh dirujuk.

“Talak satu berlaku pada PRU-12 dan PRU-13 pula talak dua. Kita tidak mahu berlaku talak tiga,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sabak Bernam dan Pelancaran Jentera PRU-14 Barisan Nasional (BN) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Timbalan Pengerusi Perhubungan, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Ahmad Zahid berkata, kekalahan UMNO di Selangor perlu dijadikan iktibar kerana ia adalah petunjuk kemurkaan Allah terhadap sikap pemimpin parti ini sendiri.

“Dulu pemimpin UMNO berebut harta, masing-masing nak cepat kaya dan rakyat tengok gelagat kita. Dulu mereka ini ibarat ‘cengkadak buruk’ tetapi tiba-tiba kaya serta jadi sombong.

“Dulu bini pergi pasar, sekarang suruh pemandu yang pergi pasar,” katanya.

Beliau berkata, UMNO pernah mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) dan dengan usaha serta reda Allah, kejayaan itu tidak mustahil dicapai semula,” katanya.

UTAMAPOLITIK Rampas Selangor Atau Gagal Selamanya - Zahid Hamidi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium