27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

[Video] Ribut ranapkan harta benda, bangunan, pokok di Klang

KLANG: Trafik di bandar ini bergerak perlahan berikutan kejadian ribut yang merosakkan bangunan, pokok dan harta benda petang Isnin.

Ribut yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang Isnin itu menyebabkan bahagian depan papan iklan di Centro Mall tercabut seperti dipapar dalam video yang tular di laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, lencongan ke Taman Seratus terus ke Jalan Batu Tiga Lama dilakukan susulan insiden pokok tumbang di Bulatan 100.

“Jambatan Musaidin dari arah Klang Selatan ke Klang Utara dan Jalan Meru Batu 1 dibuka satu lorong berikutan pokok tumbang.

“Anggota trafik sedang mengawal lalu lintas sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan Majlis Perbandaran Klang,” katanya.

Sementara itu, sumber dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang memaklumkan sekurang-kurangnya lapan aduan pokok tumbang diterima di Jalan Meru, Kapar, Bulatan 100 dan Bandar Baru Klang.

“Pokok tumbang di Bulatan 100 menghempap dua kenderaan yang sedang melalui jalan itu, namun kejadian tidak melibatkan mangsa,” katanya.

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=mTBHI7TQu2w

………..
https://pakdin.my/tag/ribut

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan