Video: Selepas Galaxy Note 7, Mesin Basuh Samsung Meletup. - pakdin.my

Samsung sedang membincangkan “isu-isu keselamatan” mengenai beberapa mesin basuh keluaran mereka selepas satu tuntutan mahkamah dibuat di New Jersey, Amerika Syarikat. Tuntutan mahkamah itu dibuat ekoran terdapat aduan pengguna yang mengatakan mesin basuh itu boleh menyebabkan letupan.

Samsung mengadakan perbincangan secara aktif dengan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat mengenai masalah-masalah yang timbul disebabkan oleh mesin basuh ‘top-load’ yang dikeluarkan antara Mac 2011 dan April 2016, menurut kenyataan syarikat tersebut.

“Dalam kes-kes yang jarang berlaku, unit yang terjejas mungkin mengalami getaran yang tidak normal yang boleh menimbulkan risiko kecederaan diri atau kerosakan harta benda apabila ia digunakan untuk mencuci cadar, barang-barang besar atau kalis air,” katanya.

Samsung mengesyorkan pengguna menggunakan “lower speed delicate cycle” apabila mencuci cadar-cadar atau barangan berat.

Sebuah firma undang-undang AS telah memfailkan saman di New Jersey “mendakwa bahawa beberapa bahagian muatan mesin basuh Samsung meletup di dalam rumah pemilik,” yang berpotensi menyebabkan kecederaan atau kerosakan, kata peguam Jason Lichtman.

“Pengguna telah melaporkan mesin basuh ‘top-loader’ Samsung meletup seawal hari pemasangan, manakala pemilik lain telah melihat mesin mereka meletup sebulan atau lebih daripada satu tahun selepas pembelian,” kata firma itu dalam satu kenyataan.

Samsung – pembuat terbesar telefon pintar dan telefon mudah alih di dunia – mengalami tamparan hebat apabila ia terpaksa menarik balik 2.5 juta telefon pintar Galaxy Note 7 selepas sesetengah pengguna mengadu bahawa bateri telah terbakar ketika mengecas.

20160930-mesin-basuh-samsung-meletuo

UTAMABERITAVideo: Selepas Galaxy Note 7, Mesin Basuh Samsung Meletup.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium