[Video] Sembilan lemas kenderaan jatuh dari feri - pakdin.my

SEBUYAU: Sembilan beranak lemas apabila kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai di Jalan Beladin Triso di Sarawak petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.14 petang tadi dan mengerahkan anggota dari BBP Saratok dan Simunjan ke lokasi kejadian.

Jurucakap itu memberitahu, kejadian itu terdahulu tular dalam media sosial apabila seorang pengguna merakamkan terbabit secara langsung.

“Seramai lapan mangsa berjaya di keluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan juga jentolak di lokasi.

“Video yang berdurasi 7 minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini hari ini.

Dalam video tersebut kelihatan mangsa yang dikeluarkan diberikan bantuan pernafasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.

Janngan lupa subscribe

[KEMASKINI] Senarai mangsa terkorban tragedi pikap jatuh feri

Senarai sembilan mangsa yang terkorban selepas kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger dinaiki mereka terjatuh dari sebuah feri di Jalan Beladin Triso di sini, hari ini.

Siti Aisha Abdullah, 36 tahun
Mohd. Ahmad Mohd. Hamdan, 4 bulan
3. Muhd. Mustaqim Mohd. Hamdan, 5 tahun
Mohd. Aiman Mohd. Hamdan, 7 tahun
Ronany Ting, 33 tahun (Pemandu)
Wallace Phang, 7 tahun
Alvin Phang, 12 tahun
Khairunnisa Mohammad, 14 tahun
Nor Shuhada Mohamad, 16 tahun
Difahamkan siasatan berhubung tragedi itu masih giat dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

 

UTAMABERITA Sembilan lemas kenderaan jatuh dari feri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium