Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

Global

All countries
232,377,389
Confirmed
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
207,277,956
Recovered
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm
All countries
4,759,066
Deaths
Updated on September 26, 2021 13:07 1:07 pm

[Video] Seorang lagi DO di Selangor ditahan SPRM, bersekongkol 70 syarikat bolot projek bernilai puluhan juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu iaitu seorang Pegawai Daerah (DO) bersama seorang juruukur bahan susulan penahanan tiga individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran semalam.

Kedua-dua individu terlibat ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kesemua suspek terlibat dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012 lagi.

Katanya, dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta.

Difahamkan, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek-projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.

“Kontraktor-kontraktor ini akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, cuti ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga,” katanya hari ini.

Jelas sumber itu lagi, Pegawai Daerah di Selangor yang direman hari ini dipercayai menerima suapan bernilai anggaran kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.

“Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor,” katanya.

Katanya, keseluruhan nilai projek-projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta.

Sementara itu, sumber berkata, juru ukur bahan itu pula dipercayai memperoleh suapan sebanyak 1 peratus daripada nilai projek selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.

Katanya, suspek dipercayai membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor.

Kedua-dua suspek terlibat direman selama lima hari bermula hari ini selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Berkaitan