26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 7, 2021

[Video] Seorang lelaki berjaya dipujuk daripada terjun dari Bypass Rawang

Buntu setelah usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula gagal, seorang lelaki berusia 50 tahun nekad cuba terjun dari sebuah jambatan di Jalan Pintas Rawang-Serendah (Rawang Bypass) dari Selayang menghala Serendah di sini petang semalam.

Bagaimanapun, tindakan tersebut berjaya digagalkan apabila bekas isteri lelaki itu yang berusia lingkungan 50 tahun datang ke lokasi kejadian untuk memujuknya supaya tidak terjun dari jambatan setinggi hampir 60 meter.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam insiden pada 1.30 petang, lelaki itu ditemukan berdiri di atas pembahagi jalan dan berpaut di tiang lampu serta mengugut untuk terjun dari jambatan tersebut.

“Siasatan mendapati lelaki tersebut baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dan mengalami krisis rumah tangga dengan bekas isterinya selepas bercerai pada Januari lepas serta sedang berusaha untuk rujuk semula,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata perkahwinan pasangan itu selama empat tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Katanya lelaki yang tidak mempunyai rekod lampau itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cuba membunuh diri.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.