[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara - pakdin.my

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan hari ini melalui akaun Tiktoknya berkongsi berkenaan konsep asas belanjawan negara.

Menurut penjelasan yang diberikan beliau, belanjawan merupakan perancangan perbelanjaan dan juga pendapatan kerajaan untuk tahun berikutnya yang terdiri daripada dua iaitu perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

“Perbelanjaan mengurus adalah komponen yang besar iaitu sekitar 70 peratus belanjawan tahun lepas ianya digunakan untuk membayar perkara seperti gaji, pencen, bantuan kepada kerajaan negeri dan penyelenggaraan kecil.

“Perbelanjaan pembangunan adalah komponen kecil, sekitar 20 peratus tahun lepas ianya untuk bayar perkara seperti bina lebuh raya, sekolah, klinik, mrt dan sebagainya,” katanya menerusi video tersebut.

Menurut beliau, bagi mendepani cabaran penularan wabak COVID-19 kerajaan pada tahun lalu turut memperuntukkan bajet khas bagi pengurusan pandemik tersebut.

Sementara itu Shahril turut sama menyentuh berkenaan sumber kerajaan untuk belanjawan.

“Kerajaan ada tiga sumber iaitu cukai, hasil bukan cukai seperti dividen daripada Petronas, syarikat milik kerajaan (GLC), Bank Negara Malaysia (BNM).

“Yang ketiga adalah terimaan bukan hasil ianya meliputi apabila kerajaan negeri ataupun agensi-agensi kerajaan yang bayar semula pinjaman yang diambil daripada kerajaan persekutuan.

“Beza antara jumlah sumber dan jumlah belanja itulah defisit atau lebihan,” ujarnya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu juga turut memaklumkan pada setiap tahun perbelanjaan negera adalah defisit melainkan tahun 1993 hingga ke 1997.

“Bermakna jumlah belanja lebih daripada jumlah sumber kerajaan.

“Macam mana agaknya kerajaan boleh survive hampir tiap-tiap tahun defisit? Maknanya belanja lebih daripada pendapatan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan akan menerangkan perkara tersebut menerusi video yang seterusnya.

@iwanlabu_78 MEMAHAMI KONSEP ASAS BELANJAWAN NEGARA#Shahrilhamdan ♬ original sound – user4487244606015

UTAMABERITA Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium