[Video] Siapa Yang Jumpa Kebenaran Akan Dibuang & Dipecat Oleh DAP

Kongsi:

Pantang paling penting jika mahu menjadi pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak boleh bercakap benar. Harus menjadikan ‘fake news’ sebagai ‘zikir’ harian mereka.

Apabila seseorang daripada mereka melanggar pantang ini, maka DAP yang menguasai Pakatan Harapan akan membuang dan memecat dari sebarang jawatan.

Bukti sudah ada di depan mata. Dr Tan Seng Giaw yang sudah 40 tahun bergelar wakil rakyat DAP akhirnya diperlakukan bagai ‘anjing kurap’ apabila dia telah dibuang dari senarai calon PRU14.


 

Lihat video:
https://youtu.be/JBsbEUIDf5w

Dosa Tan hanya satu, iaitu memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tiada sebarang salah dalam skandal 1MDB. Ia adalah keputusan siasatan mikro oleh PAC, bukannya dari siasatan jalanan.
http://pakdin.my/tag/tan-seng-giaw/

Seorang lagi yang menjadi mangsa kuku besi DAP adalah ADUN Tanjung Bunga. Dosa Teh Yee Cheu hanyalah menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai isu alam sekitar dan banjir. Dia bercakap bagi pihak rakyat untuk mencari kebenaran, itupun diperlakukan bagai ‘anjing kurap’ juga oleh DAP.
http://pakdin.my/tag/teh-yee-cheu/

Lim Guan Eng marah kepada Teh apabila dia mempertikaikan isu tanah runtuh yang membunuh 11 nyawa rakyat pada Oktober 2017.

Tan bukannya sebar fitnah, dia hanya menyebut rintihan rakyat termasuklah keluarga yang mangsa sudah meninggal dunia. Namun Guan Eng menghukum Teh dengan kejam seolah-olah Teh membuat dosa besar.

Untuk terus mencari kebenaran, maka Tan sudah umumkan untuk sertai PSM bagi menentang kebobrokkan DAP.

Selain itu, ADUN PKR Penanti Norlela Ariffin juga turut menjadi mangsa kuku besi DAP.
http://pakdin.my/tag/norlela-ariffin/


 

Lihat video:
https://youtu.be/rbaiv6q-tec

Dia hanya mahu mencari kebenaran terhadap isu kilang haram di kawasannya. Namun mungkin Guan Eng amat berang dengan Norlela kerana hasil aduan itu menyebabkan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditangkap untuk disiasat.
http://pakdin.my/tag/sungai-lembu/

Norlela pun disisihkan kerajaan DAP. Menangis nangis dalam sidang DUN meminta peruntukan DAP. Namun DAP buat bodoh sahaja, kerana lawan DAP, Norlela dipulaukan begitu sahaja oleh DAP.
http://pakdin.my/adun-pkr-menangis-dalam-sidang-dun-dakwa-kerajaan-dap-abaikan-kawasan-beliau/

Bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat, juga pernah akui sikap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, sebagai punca dia tinggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.
http://pakdin.my/tag/tan-beng-huat/

Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 berkata, dia saksikan sendiri bagaimana Kit Siang cuba membina ‘dinasti keluarga’ dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Bukan saja di Pulau Pinang, malah Legasi Lim dalam DAP juga ditentang di Melaka. Pada 12 Februari 2017, empat orang pemimpin kanan DAP Melaka umum keluar parti.

Keempat-empat mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong.
http://pakdin.my/?s=ADUN+DAP+Melaka

Mereka semua sudah muak dengan DAP kerana semakin hilang arah sebenar. Mereka sekadar menegur untuk mencari kebenaran, namun Kit Siang & Guan Eng melayan pemimpin DAP Melaka dengan cukup teruk.

Kebenaran tiada lagi dalam DAP. Yang tinggal hanyalah pengampu Guan Eng dan Kit Siang sahaja yang hidup. Percayalah, yang buta pada skandal rasuah anak Kit Siang sahaja boleh jadi calon dan hidup dalam DAP sekarang ini.

DAP bukan lagi parti demokratik tetapi sudah jadi autokratik parti. Jika tiada sifat dan kepandaian mengampu Kit Siang dan Guan Eng, maka orang itu tidak akan bertahan lama dalam DAP.

Parti yang semacam ini yang mahu membawa harapan orang Malaysia? Harapan palsu sahajalah. DAP sudah tunjuk kuku besi mereka di Penang, jangan bagi kuasa lagi pada DAP. Ayuh kita buat DAP kalah kali ini.

http://pakdin.my/tag/pulau-pinang/

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN
#TolakLogoPKR
#TolakPKR

Tulisan :
Beruang Biru
BB865, Khamis
12 April 2018

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

7 Replies to “[Video] Siapa Yang Jumpa Kebenaran Akan Dibuang & Dipecat Oleh DAP

  1. YB Teh ADUN Tanjung Bungah kena pecat lepas tegur projek lereng bukit dan tanya kenapa LGE belum lepaskan jawatan CM lepas janji nak pegang 2 tahun sahaja. YB Tan kena pecat lepas kata tiada jumpa salahlaku dalam laporan PAC mengenai IMDB.

    Sejak Mahathir ikut PH, nampaknya demokrasi dlm DAP pun hilang jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.