32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

[Video] SPRM ambil keterangan Guan Eng

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan kes terowong dasar laut.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, Lim Guan Eng hadir di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 1 petang tadi.

“Ya, saya sahkan kami minta dia hadir bagi memberi keterangan hari ini,” katanya.

Pada 15 Julai lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin telah hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya dipercayai atas kapasiti sebagai EXCO kerajaan negeri bagi tempoh 2013 hingga Mac 2020.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan dan beberapa EXCO kerajaan negeri dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega itu membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Pada 3 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan, pihaknya tidak pernah menutup siasatan kes projek itu, dengan lima kertas siasatan telah dibuka dan berada di peringkat akhir.

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.