Thursday - July 29, 2021 @ 23:41
GAYA HIDUP Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, hari ini.

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

Tempat kedua milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga (29.32.825s).

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan.

“Ia satu kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan juga kepada keluarga,” katanya.

Damok kini berkedudukan tempat keeman keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here