25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

[Video] Syed Saddiq ‘terkedu’, wartawan Al-Jazeera ‘kenalkan’ Dr Mahathir

Diasak pelbagai soalan panas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman teguh mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli parlimen Muar ditemu bual dalam rancangan Upfront di Al-Jazeera, diacarakan Mehdi Hasan.

Rancangan temu bual 10 minit hangat menyentuh tentang peralihan kuasa yang berlaku termasuk pandangan Syed Saddiq berkenaan janji Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kamu kata ‘bila tiba masa yang sesuai’ beliau (Dr Mahathir) akan berikan (kuasa kepada Anwar). Bila masa yang betul?

“Kerana sejak Dr Mahathir jadi perdana menteri pada 2018, beliau kata satu atau dua tahun. Kemudian beliau dipetik dua atau tiga tahun.

“Kemudian selepas tiga tahun. Kemudian sehingga selesai Persidangan Apec. Beliau asyik tangguh, bukankah begitu?” soal Mehdi kepada Syed Saddiq.

Sepatah Syed Saddiq berkata “beliau sangat konsisten” lalu dipintas Mehdi dengan menafikan kata-katanya.

“Tidak konsisten, ini tidak konsisten. Beliau kata satu atau dua tahun kemudian kata dua atau tiga tahun. Dengan definisi ini, tidak konsisten,” terang Mehdi.

Mehdi sekali lagi mengasak Syed Saddiq dengan menyindir bekas menteri belia dan sukan itu bagaimana beliau tahu Dr Mahathir seorang yang tidak ‘gila kuasa’ sedangkan Syed Saddiq belum lahir sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri terdahulu.

“Beliau letak jawatan tetapi tidak bersara dan kamu kata beliau tidak gila kuasa. Bagaimana kamu terangkan seorang berumur 94 tahun yang masih berada di pejabat dan jadi perdana menteri sejak kamu belum dilahirkan,” kata Mehdi lagi.

Syed Saddiq kemudian membalas bahawa Dr Mahathir masih setia bersama rakan gabungan yang memenangi pilihan raya lalu walaupun muncul gabungan ‘pintu belakang’.

Katanya, hal ini terbukti bahawa Dr Mahathir bersama mereka dan turut mencabar keabsahan kerajaan yang baru dibentuk.

Sejumlah 91,651 tontonan dicatatkan YouTube menerusi rancangan temubual itu.

Petikan ucapan tersebut turut dijadikan bahan sindiran beberapa pengguna media sosial yang merasakan terhibur melihat bekas menteri mempertahankan hujahnya.

Antaranya Azmi Arshad, yang turut memuatkan di laman Facebook siang tadi.

“Temubual ini sangat memalukan dan merosakkan buat Syed Saddiq etapi hiburan terbaik untuk kami.

“Syed Saddiq tiada asas. Beliau akan berdiri di atas pentas dan menipu dengan muka lurus tetapi bila soal jawab beliau akan tersasar dan terdedah jika penemubual jujur dan tegas,” tulis Azmi menerusi perkongsian tersebut.

Perkongsian Azmi turut mendapat perhatian ramai pengguna Facebook dengan lebih seribu tanda suka dan 500 perkongsian.






Berita Berkaitan

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan