33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Video Syiah: Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pegawai Pejabat MB Selangor

video-syiah-pejabat-mb-selangor

Dua laporan polis dibuat terhadap Pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor, Khalid Jaafar berhubung kenyataannya yang didakwa mempertahankan ajaran syiah di Malaysia.

Dua laporan tersebut dibuat oleh Pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan.

Naib Pengerusi Bridged Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia, Mohd Eddy Casmadi Che Hussin berkata video berkenaan jelas menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan.

“Beliau dalam sebuah laman sosial Youtube yang tersebar luas menyatakan Syiah dan ajaran sesat dibolehkan.

“Keterangan daripada Khalid Jaafar ini mengelirukan umat Islam dan boleh menyebabkan perpecahan dan menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, Selasa.

Sementara itu Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor berkata polis perlu menyiasat Khalid di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin berkata kandungan dalam
video yang dipercayai dimuat turun dan disebarkan di media sosial sejak 2013 itu sebagai mengelirukan umat Islam.

“Beliau (Khalid) dipercayai mendakwa ajaran Syiah dan Ayah Pin perlu diberi kebebasan untuk sesiapa mengamalkannya.

“Beliau juga dipercayai mencabar dan cuba memperlekehkan institusi undang-undang negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan