[Video] Tak puas hati upah kempen punca penyokong PH bertumbuk #PRKRantau #PolitikWang

Isu bayaran kempen pilihan raya kecil DUN Rantau dipercayai punca penyokong Pakatan Harapan bergaduh malam tadi, kata pemangku ketua polis negeri.

Datuk Mohamad Mat Yusop berkata pihaknya masih menyiasat motif sebenar kes itu, yang disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, lapor Utusan Online.

“Polis sedang siasat motif sebenar kejadian. Apa yang kami tahu setakat ini motif kejadian dipercayai kerana tidak puas hati tentang bayaran urusan kempen pilihan raya,” katanya.

Beliau mengesahkan polis menerima aduan pergaduhan di bilik gerakan PH di Bandar Ekar, Rembau yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam sebelum dikawal 10 anggota polis.

Ia berlaku sejam sebelum keputusan pilihan raya kecil DUN Rantau diumum. Calon PH Dr S Streram kemudian beredar selepas situasi di situ terkawal.

Aduan polis dibuat oleh seorang lelaki berumur 50 tahun di Kuala Lumpur pada 12.12 tengah malam, yang mendakwa ditumbuk dan dicekik dalam insiden itu.

#PolitikWang

Loading...

6 COMMENTS

Comments are closed.