Video: Tak serik, Bayi hampir pengsan ditinggal dalam kereta MyVi berkunci di Shah Alam - pakdin.my

bayi ditinggal dalam kereta

SHAH ALAM: Tindakan pantas orang ramai menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kereta di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini tengah hari tadi.

 

 

Bayi yang tidak diketahui jantinanya itu ditinggalkan dalam kereta ibunya yang berkunci dan enjinnya dimatikan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai menyedari bayi itu ditinggalkan keseorangan dan mereka cuba mengesan ibu bapanya tetapi gagal.

“Kira-kira lima minit kemudian, orang ramai bertindak memecahkan cermin pintu belakang kereta itu untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang sudah berpeluh.

“Ibu bayi itu tiba sebaik anaknya berjaya diselamatkan dan beliau mengakui terlupa menghidupkan enjin keretanya kerana mahu tergesa-gesa atas urusan penting,” katanya.

Azisman mengucapkan terima kasih kepada anggota masyarakat yang prihatin dan menyelamatkan nyawa bayi itu.

Video tindakan pantas orang ramai menyelamatkan bayi berkenaan menjadi viral di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakannya mengecam tindakan ibu bayi berkenaan yang meninggalkan anaknya.

UTAMAVideo: Tak serik, Bayi hampir pengsan ditinggal dalam kereta MyVi berkunci di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium